Setelah sampai ke rumah kami memasukkan sepasang Lop Ear ini ke sangkar yang baru sahaja disiapkan. Alhamdulillah perjalanan dari Seberang Jaya ke Alma tidaklah tertekan mana bagi arnab ini. Kami amat teruja kerana Lop Ear ini amat jinak sekali. Puas kami dok godek cari nama yang sesuai bagi kedua ekor arnab ini, akhirnya termetrailah dengan nama Bella bagi yg betina dan Bobo bagi yang jantan.
Yang ini Lop Ear jantan, namanya Bobo
Yang ni pulak Lop Ear betina, namanya Bella.
Moga Bella dan Bobo ceria di sangkar baru mereka.
Inilah rupa sangkar baru kesemua arnab kami. Yang kat sangkar atas tu 3 ekor arnab jenis New Zealand White yang di perolehi dari Pak Omar dari Riverstone Farm.
New Zealand White tu namanya Lili dan Lulu bagi yang betina dan Lolo bagi yang jantan. Yang tak syoknya, Lili dan Lulu ni kuat sungguh beraknya.
No comments:
Post a Comment