Pemberian pallet atau dedak sahaja bagi arnab peliharaan kita adalah tidak memadai. Ianya haruslah diselang selikan dengan pemberian makanan yang mempunyai zat dan nutrien yang lain. Pemberian sayur-sayuran segar bagi diet arnab adalah amat baik sekali. Antara sayuran segar yang boleh diberikan kepada arnab ialah seperti kankung, kacang panjang, sawi, karrot, pandan, bayam, jagung dan berbagai sayuran hijau lagi. Namun begitu berhati-hati dengan sayur kobis bulat. Seeloknya elakkian pemberian kobis bulat.
Pemberian sayur hijau haruslah diberi secara berperingkat satu demi satu dan anda harus lihat sayuran mana yang sesuai dan tidak sesuai untuk arnab anda. Untuk memastikan sayuran mana yang sesuai atau tidak lihatlah pada tahi arnab arnab anda. jika tahinya bulat elok dan kering, ini bermakna sayuran itu sesuai. Jika tahinya lembik dan seperti hancur itu bermakna sayuran itu tidak sesuai dan berhentikan serta merta pemberian sayuran tersebut.
Harus diingat jika ingin memberikan arnab anda pemakanan sayuran, janganlah diberi sayuran yang telah layu dan rosak. Ini boleh menyebabkan arnab anda mengalami cirit birit. Sayuran yang hendak diberi haruslah dibasuh terlebih dahulu dengan air yang bersih dan dijemur bawah matahari sekitar 2 atau 3 jam. Ini bagi membuang segala toksid dan racun rumpai yang diguna oleh petani sebelum ini.
Sayuran segar elok diberikan kepada arnab yang berusia sekitar 12 minggu. Ini kerana arnab yang terlalu muda dibimbangi masih belum sesuai dengan pemakanan tambahan ini. Juga boleh mengelakkan cirit birit bagi arnab. Harus diingat juga jika ingin memberi sayuran janganlah diberi dalam kuantiti yang terlampau banyak dan kerap, eloklah hanya diselangselikan sahaja dengan pallet.
No comments:
Post a Comment