Wednesday, October 20, 2010

Flemish Giant - Antara spesis arnab terbesar

Gambar Ihsan dari Internet

Kali ini kami di ArnabImpian nak berkongsi sikit pasal maklumat tentang arnab gergasi ataupun antara yang paling besar sekali dalam spesisnya. Arnab jenis "FlemishGiant" ni sebenarnya berasal dari Flanders. Ianya dikatakan arnab gergasi yang berasal dari benua Eropah dari spesis Vlaam.

Arnab ini mempunyai ukuran yang besar dan diternak kerana kualiti bulkunya yang tinggi. Arnab Jantan dewasa boleh mencecah berat sehingga 6.3 kg dan yang betinanya pula boleh mencecah berat sehingga 6.8 kg apabila dewasa. Korang bayangkanlah sendiri kalau dah besar macam dalam gambar kat atas tu, berapa kg pallet dia makan sehari. Mau dekat sekilo kut.

Flemish Giant ini mempunyai kepelbagaian warna bulu yang antaranya biru, coklat, hitam, coklat kekuningan, kelabu cerah dan putih. Proses kematangan bagi arnab ini juga lambat iaitu sekitar 10 - 12 bulan. Jadi kalau ada yang nak bela arnab jenis ni kenalah sabar sebab kene tunggu lama untuk dapatkan warisnya.

2 comments:

  1. Apa pandangan saudara tentang harga arnab pets dan pedaging yg terlalu murah yg dijual oleh seans zachary dr salor kelantan dalam MUDAH.com.

    saya rasa perbuatannya boleh menyebabkan penternak arnab di malaysia gulung tikar.terutama penternak arnab daging yg diusahakan oleh kaum bumiputera. Walaupun semua sudah tau yg arnab nya diambil dr siam dgn harga yg murah.tp ini blh menjejaskan kita semua. sikapnya yg pentingkan diri membawa padah kepada org lain.

    Apa yg perlu kita lakukan bg menstabilkan harga arnab dipasaran.?

    ReplyDelete
  2. tima kasih saudara atas perkongsian maklumat, bagi pendapat sayapenternak2 arnab samada jenis perhiasan atau pedaging seharusnya mempunyai etika dan sama2 berjuang untuk memartabatkan industri ini.

    Kita semua tahu industri penternakan arnab di malaysia ini masih jauh ketinggalan jika nak dibandingkan dengan penternakan ayam dan kambing.

    Jadi jika kita nak sama2 melonjakkan industri penternakan arnab ni supaya sama maju dan meletop macam org pelihara ayam dan kambing kita haruslah sama-sama berjuang dan bersatu hati memperjuangkan industri ini.

    Tentang masalah harga yang terlalu murah yang saudara utarakan, bagi saya seseorang penternak itu seharusnya mengkaji dan melihat dahulu harga pasaran semasa sesuatu jenis arnab itu. Kita tidak mahu harga arnab yang sememangnya mahal di jual dengan murah oleh sesetengah penternak. Maka akibatnya nanti penternak lain juga akan menurunkan harga untuk bersaing sama. Maka sampai bila penternak nak maju dan berjaya jika harga yang mahal jadi murah....

    Yang penting disini etika dan sama bertanggungjawab, jangan ingat nak lekas kaya sahaja.
    Sekian, wassalam.....

    ReplyDelete